Celoteh DppRompin

Selamat Datang ke Forum DPPRompin!!!
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 bagaimana tarbiah kita 1

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
pendamba_syahadah



Posts : 3
Join date : 2008-09-20

PostSubject: bagaimana tarbiah kita 1   Sat Sep 20, 2008 2:30 pm

asalamualaikum...
maafkan saya kerana ini adalah kali pertama saya memasuki forum ini dan saya memang tidak mahir dalam menggunakan internet.Tetapi atas dasar tanggungjawab,saya berusaha belajar biarpun tidak meminati menggunakan internet.Saya lahir di kuala rompin pahang dan kerana itu saya bertanggungjawab atas jatuh bangun islam disana.Lahir pada tahun 1984 dan keluar dari pahang pada ting 1 ke sek ustaz Abu Bakar chik di terengganu dan 3 tahun selepas itu saya keluar dari malaysia untuk melanjutkan pelajaran dari satu negara ke negara yang lain.Itulah permulaan yang ingin saya ceritakan kerana permulaan itu bermula dengan taaruf.
Keduanya,saya merasakan ini bukanlah satu tempat yang sesuai untuk berbincang mengenai TARBIAH,tetapi ini adalah tempat untuk membangkitkan isu ini.Moga bermanfaat bagi kita semua.
ketiga,saya berpeluang pulang ke tanah air pada pilihanraya yang lalu,dan berpeluang terlibat secara tidak langsung dengan PRU ketika itu.Jadi bermulalah cerita saya tentang TARBIAH.Cerita ini khusus buat kita di ROMPIN dan untuk sementara jangan lihat kepada caw yang lain terlebih dahulu.Sangat suka melihat semangat anak-anak muda dari parti kita yang begitu bersemangat,bahkan ketika penamaan calon di Kuala Rompin,saya yang juga pemuda begitu bersemangat sehinggakan tiga bendera PAS saya pikul bersama dengan Poster 3 tok guru.Dalam perjalanan,saya berada di hadapan calon dan ketika itu seorang pakcik datang meminta bendera yang saya pikul dan akhirnya saya hanya membawa poster dan satu bendera sahaja.Dari sejak mula pulang ,sehinggalah ke penamaan calon dan PRU itu sendiri,saya cukup-cukup bersemangat,tambah-tambah lagi sewaktu berada di Markaz PRU PAS di kampung saya atau apa namanya tak kisahlah.Cukup-cukup BERSEMANGAT.dan saya juga memuji semangat Pemuda PAS.
Tetapi,sehinggalah satu malam,selepas penamaan calon,saya berehat selepas solat maghrib di surau kampung saya,berbual dengan seorang pakcik yang pada asalnya saya kira dia adalah seorang ahli UMNO.Mungkin dia terlihat saya yang berada dihadapan ketika penamaan colon tempoh hari,maka perbualan kami sementara menuggu solat isya hanya berkisar tentang PRU dan kezaliman UMNO serta perjuangan PAS..tiada yang menarik minat saya sehinggalah bila pakcik tadi mengungkap kalimah TARBIAH.bagi saya,bukan calang-calang orang boleh menyebut kalimah tersebut,apatah lagi dia seorang PAKCIK.keluar pula selepas itu kalimah USRAH,NAQIB DLL.betul-betul menaraik minat saya untuk terus berbual.Dia pun bercerita...cerita seorang pakcik tua....
Ketika dia muda,dia adalah antara salah seorang pemuda PAS yang aktif.Usrah mingguan tidak pernah ditinggalkan.Ceramah PAS,dialah pemikul speaker,masuk keluar sawah bendang,meredah selut dan semak belukar..pendek kata ,dia sanggup buat apa sahaja demi Islam sehinggalah Naqibnya,seorang ustaz,sangat garang orangnya tapi punya ilmu di dada,pergi menemui Maha Pencipta.Dia berpindah ke kampung saya dan pada mulanya masih mencari TARBIAH.dan katanya,amat dikesali kerana kawasan kita,tiada USRAH..ya,mungkin ada tapi mungkin usrah kelompok kecil atau usrah khusus..tapi bagaimana usrah umum untuk pakcik-pakcik dan makcik-makcik seperti yang dilakukan oleh tok-tok guru kita di kawa masing-masing?katanya lagi,anak muda nampak begitu bersemangat,tapi dalaman kosong,tak paham kenapakah kita bersama Islam,kenapa kita memperjuangkan islam,dan lain-lain lagi.Ini kerana katanya,USRAH tidak ada,atau ada tapi tidak dikuatkan..saya lebih banyak berdiam diri dan menunjukkan minat dengan cerita tersebut kerana saya ada pandangan saya sendiri.Azan isya' berkumandang dan perbualan kami sampai di situ.Dalam hati,saya berharap agar dapat lagi berbual tentang tajuk ini,tetapi PRU makin hampir dan hari lainnya saya sendiri pun sibuk mengisi peluang sesekali pulang ke tanah air untuk menyebarkan sedikit ilmu anugerah Allah ini.
Back to top Go down
View user profile
 
bagaimana tarbiah kita 1
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kita will be coming to Excel CS at JCube on 1st October 2011
» blackberry 8520 APP ERROR 523..DONE
» A-ano.... K-konichiwa... watashi no namai wa... K-kita desu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Celoteh DppRompin :: Perbincangan :: Sembang Kosong-
Jump to: