|
|
| Author | Message |
|---|
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: ERTI SOLAT Thu Jan 24, 2008 2:02 am | |
| Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum) |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM Thu Jan 24, 2008 2:32 am | |
| Solat dalam islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini Rasulullah r bersabda :
رأس الامر الاسلام ، وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.
“Pokok urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
Disamping itu solat juga merupakan tiang agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana hadis Rasulullah r :
أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)
“Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh amalannya .” |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT Thu Jan 24, 2008 2:33 am | |
| Kawasan perkuburan. Gereja dan Candi/Biara. Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang. Tempat penyembelihan binatang . Tengah-tengah jalanraya. Tempat perteduhan binatang . Tempat pemandian umum. Atas atap kaabah. |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: SYARAT-SYARAT SOLAT Thu Jan 24, 2008 2:34 am | |
| 1. Beragama Islam 2. Baligh 3. Suci dari hadas 4. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat. 5. Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut. 6. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan. 7. Menghadap kearah kiblat
Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat. |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: RUKUN-RUKUN SOLAT Thu Jan 24, 2008 2:35 am | |
| 1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat. 4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. 5. Rukuk dengan toma`ninah. 6. I`tidal dengan toma`ninah 7. Sujud dua kali dengan toma`ninah 8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah 9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah 10. Membaca tasyahud akhir 11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir 12. Membaca salam yang pertama
Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut. |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT Thu Jan 24, 2008 2:35 am | |
| 1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan 2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan . 3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian 4. Terbuka auratnya 5. Makan minum walaupun hanya sedikit 6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat 7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan 8. Membelakangi kiblat 9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud. 10. Tertawa terbahak-bahak 11. Mendahului imamnya.
Murtad ( terkeluar dari agama islam). |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: GERAKAN SERTA BACAAN-BACAAN DALAM SOLAT Thu Jan 24, 2008 2:38 am | |
| Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram . Misalnya solat yang akan di kerjakan subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram).  Begitulah seterusnya |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: NIAT Thu Jan 24, 2008 2:39 am | |
| Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”
ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala, Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”
iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala, Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala , Allah Akbar”. |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: TAKBIRATUL IHRAM Thu Jan 24, 2008 2:41 am | |
| Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati. Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah).  Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud) |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: TANGAN BERSEDEKAP Thu Jan 24, 2008 2:42 am | |
| Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri . Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan).  |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: BACAAN DOA IFTITAH Thu Jan 24, 2008 2:43 am | |
| اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَا وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.” |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Thu Jan 24, 2008 2:44 am | |
| Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 1
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 2 الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 3 مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ 4
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 5 اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 6
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين7 َ |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK Thu Jan 24, 2008 2:45 am | |
| Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang . Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ 1 اللَّهُ الصَّمَدُ 2 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ 3
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: RUKUK Thu Jan 24, 2008 2:46 am | |
| Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud) Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu: سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ  |
|
 | |
karkun Admin

Posts: 43 Join date: 2007-12-14
 | Subject: I'TIDAL Thu Jan 24, 2008 2:47 am | |
| Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه  Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ |
|
 | |
|